1News Online:
Home » , , » Ferguson tidak salahkan pemain

Ferguson tidak salahkan pemain

Sunday, November 18, 2012 | 11:15 AM


PENGURUS Manchester United (MU), Sir Alex Ferguson tidak mahu menyalahkan anak buahnya ekoran kekalahan mengejut 0-1 kepada Norwich City awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Menerima kekalahan itu dengan hati terbuka, Ferguson memuji pasukan Norwich dan menyifatkan lawannya itu berhak memenangi perlawanan tersebut.

"Mereka berhak menang kerana mereka bekerja begitu keras untuk itu.

"Mereka mempamerkan corak permainan yang baik dan penjaga gol mereka juga berjaya menyelamatkan dua atau tiga serangan dengan pantas," kata Ferguson.

Hasrat MU untuk terus kekal di tangga teratas, sekali gus merampas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan mudah agak sedikit musnah apabila jaringan Anthony Pilkington pada minit ke-60 menyekat kemaraan The Red Devils.

Dengan keputusan itu, MU ditolak ke tangga dua oleh juara musim lalu, Manchester City, yang dalam perlawanan terdahulu, mengatasi Aston Villa dengan jaringan besar 5-0.

Dalam pada itu, MU berharap anak buahnya akan kembali bangkit dan merampas kembali gelaran Liga EPL daripada City.

"Saya berharap pemain akan bangkit dan sentiasa berjuang dalam setiap perlawanan akan datang.

"Lupakan kekalahan ini dan fokus perlawanan seterusnya," jelas beliau.

MU kini menduduki tangga kedua dengan meraih 27 mata, di belakang City yang mengumpul 28 mata setelah mengharungi 12 perlawanan setakat ini.

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger