1News Online:
Home » , , » Fletcher Masih Berjuang Melawan Penyakitnya

Fletcher Masih Berjuang Melawan Penyakitnya

Tuesday, November 6, 2012 | 7:54 PM


Manchester - Darren Fletcher pernah cuti lama akibat radang usus. Dia kemudian diberitahu sihat dan boleh bermain lagi. Namun, siapa sangka jika pemain tengah Manchester United itu masih berjuang supaya penyakit itu tidak berulang lagi.

Fletcher didiagnosis menderita radang usus yang kronik. Aksi terakhirnya sebelum penyakit itu datang adalah masa Manchester United bermain seri 2-2 menentang Benfica pada Liga Champions pada 22 November 2011, di Old Trafford.

Dia kemudian kembali bermain pada perlawanan menentang Galatasaray, 19 September 2012. Sempat satu tahun dia bermain. Selepas perlawanan menentang Galatasaray, Fletcher telah bermain empat perlawanan lagi. Keadaan fizikalnya kelihatan lebih cergas lebih dari dugaan sebelumnya.

Tetapi, Fletcher tidak terlepas dari penyakit ususnya itu. Setiap hari ada sesuatu yang dilakukannya supaya penyakit itu tidak berulang lagi.

"Keadaan itu tidak pernah hilang dari saya dan itu sesuatu yang harus saya hadapi setiap hari," kata beliau kepada Telegraph.

"Setiap hari adalah perjuangan buat saya. Saya harus memperhatikan diet saya dan mengambil ubat atau penyakit itu akan datang lagi."

"Tapi, saya kembali dengan cepat dari dugaan sebelumnya. Jauh lebih cepat dari dugaan sebelumnya. Mungkin ini kerana dari pengalaman saya juga."

"Mungkin, kaki-kaki saya belum berbiasa. Tapi, semuanya ada di fikiran saya, saya boleh bertindak balas dengan cepat kerana saya pernah berada dalam situasi-situasi itu sebelum ini."

Pemain asal Scotland ini juga mendedahkan bahawa sebenarnya Sir Alex Ferguson meminta dirinya untuk menunda kemunculan semula. Tapi, Fletcher sendiri tidak sabar. Dan dia membuat kemunculan semula pada perlawanan menentang Galatasaray.

"Saya sungguh tidak sabar. Tapi, pengurus mengatakan kepada saya untuk bersabar."

"Ketika anda sudah cuti terlalu lama, anda pasti ingin bermain dan pasti akan memaksa diri anda untuk melakukannya. Tapi, saya memupunyai orang-orang di sekitar saya yang sentiasa membantu, seperti staff kakitangan sports science, pengurus, dan pengurus pasukan Warren Joyce, "jelasnya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger