1News Online:
Home » , , » Gerrard abaikan nasihat Zlatan

Gerrard abaikan nasihat Zlatan

Saturday, November 17, 2012 | 2:12 AM


KAPTEN Liverpool, Steven Gerrard enggan mempedulikan cadangan penyerang Sweeden, Zlatan Ibrahimovic yang menasihatinya agar meninggalkan Liverpool dan menyertai kelab antarabangsa yang lebih besar.

Jelasnya, beliau menghargai pandangan yang dikemukakan oleh Zlatan, namun Gerrard tetap memilih Liverpool dan menyifatkan pasukan itu masih antara kelab besar yang digeruni.

"Saya adalah peminat Zlatan sebagai pemain tetapi saya tidak akan mempedulikan nasihatnya.

"Saya sangat gembira berada di Liverpool, malah saya antara peminat setia kelab ini yang saya anggap antara kelab terbesar di dunia," kata Gerrard.

Tambah Gerrard: "Liverpool adalah pasukan yang telah memenangi lima Piala Eropah, jadi ini membuktikan The Reds kelab yang digeruni.

"Jadi, saya gembira dengan kedudukan saya sekarang, apa-apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas pandangannya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger