1News Online:
Home » , , » Giggs memuji kekuatan United

Giggs memuji kekuatan United

Thursday, November 8, 2012 | 4:23 PM


Ryan Giggs memberikan pujian kepada kekuatan mental Manchester United setelah menjamin tempat dalam peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara.

United disingkir awal pertandingan musim lalu setelah dikejutkan oleh Benfica dan Basel namun telah mengekalkan tempat dalam pusingan seterusnya kali ini dengan emapt kemenangan termasuk kemenangan menentang Braga baru-baru ini.
Giggs meluahkan perasaan gembira beliau dengan cara pasukan telah bangkit semula dari kempen Eropah yang amat mengecewakan pada musim lalu.
"Kami semua amat kecewa (musim lalu)," bekas pemain itu memberitahu Sky Sports.
"Ia kurang memuaskan. Kami berjaya menyelesaikan masalah dan ia terbukti berbaloi dalam kejayaan kami baru-baru ini."
"Kami mengharapkan bahawa prestasi pasukan mampu kekal mantap seperti ini, tidak kira kempen liga ataupun Liga Juara-Juara.
Beliau turut memuji penyerang Robin van Perise yang telah diturunkan dalam babak kedua dan menyelamatkan United dengan jaringan gol lewat pada minit ke 80.
"Robin mempunyai satu peluang emas dan telah menggunakan peluang itu dengan baik," Giggs berkata.
"Beliau sedang menikmati peluang untuk menjaringkan gol pada masa ini. Keyakinan beliau kini tinggi dan saya rasa ramai orang akan menantikan jaringan gol beliau."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger