1News Online:
Home » , , » Giggs: RVP lebih dari penjaring gol

Giggs: RVP lebih dari penjaring gol

Friday, November 2, 2012 | 4:32 PM


Pemain veteran Manchester United Ryan Giggs memuji impak Robin Van Persie sejak kehadirannya ke kelab itu.

Van Persie buat kali pertamanya sejak menyertai United akan bertemu Arsenal hujung minggu ini.
Giggs berkata: "Apabila pemain yang bertaraf dunia datang ke pasukan, ia memberi semangat kepada semua orang.
"Kami seperti penyokong - kami gembira untuk melihat pemain berkualiti menyertai pasukan.
"Itulah Robin. Beliau telah membuktikan itu dengan jaringan golnya dan aksinya secara keseluruhan sejak berada di kelab.
Tambahnya lagi: "Sumbangan set-piece darinya sangat penting untuk kami.
"Ia satu kelebihan kami musim ini dimana kami menjaringkan gol dari set-piece dan tendangan sudut.
"Itu sesuatu yang kami tidak lakukan selama bertahun-tahun sebanyak mana yang kami lebih inginkan.
"Jadi dengan Robin bukan sahaja gol yang anda dapat. Beliau membantu menambah jaringan dan membantu beberapa nama lain tersenarai sebagai penjaring."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger