1News Online:
Home » , , » Giroud Bertekad Menutup Mulut pengkritik

Giroud Bertekad Menutup Mulut pengkritik

Tuesday, November 13, 2012 | 4:27 PM



London - Melihat penampilannya di awal musim, Olivier Giroud diragui ketajamannya di depan gol. Namun seiring dengan pertambahan jumlah golnya, Giroud bertekad untuk membuktikan bahawa keraguan itu salah.

Giroud yang didatangkan dari Montpellier dengan harga 12 juta pounds itu sering kali menjadi sasaran kritikan. Datang dengan status sebagai 'top scorer' Liga Perancis, Giroud kelihatan perlahan di awal musimnya bersama Arsenal.

Namun kini Giroud sudah mula membuka golnya. Penyerang 26 tahun itu sudah menjaringkan enam gol untuk The Gunners di semua perlawanan. Terkini, Giroud menjaringkan dua gol untuk Arsenal ketika  seri dengan Fulham hujung minggu lalu.

Berasa makin serasi dengan pasukan, Giroud percaya dia akan terus menambah jumlah golnya. Dia bertekad menjaringkan sehingga 15 gol di Premier League.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger