1News Online:
Home » , , » Giroud: Saya tidak pernah ragu

Giroud: Saya tidak pernah ragu

Tuesday, November 13, 2012 | 9:21 AM


Penyerang Arsenal Olivier Giroud telah menegaskan bahawa beliau tidak pernah ragu dengan kemampuannya untuk menjaringkan gol.

Giroud terpaksa menunggu dua bulan selepas membuat penampilan pertamanya untuk Arsenal sebelum dapat menjaringkan gol pertama beliau dalam kemenangan 3-1 ke atas West Ham pada 6 Oktober.
Prestasi beliau kini telah meningkat dan penyerang itu telah menjaringkan gol dalam perlawanan bersama Reading dalam Piala Capital One serta dengan Schalke dalam Liga Juara-Juara minggu lepas.
Penyerang antarabangsa Perancis itu juge telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan dengan Fulham untuk mendorong keputusan seri 3-3 dan sasar lebih lagi gol.
"Permainan saya kini semakin meningkat." Giroud memberitahu laman rasmi kelab beliau. "Saya yakin dengan kemampuan saya. Saya tidak menyerah dengan senang. Saya sentiasa tenang dan sentiasa cuba memperbaiki permainan saya walaupun melalui detik kemarau.
"Prestasi baik saya tidak mengejutkan. Saya ingin bermain lebih banyak lagi perlawanan sebegini dan mendorong kejayaan kelab ini. Saya harus menjaringkan lebih lagi gol."
Pemain yang berusia 26 tahun itu bersimpati dengan pemain midfield Mikel Arteta yang gagal menyempurnakan penalti pada minit terakhir dalam perlawanan dengan Fulham tetapi yakin pasukannya dapat meraih kemenangan.
"Ini adalah detik yang mencabar tetapi saya rasa kami mempunyai pemain yang berkualiti." Giroud berkata. "Kami mempunyai masa depan yang cerah.
"Saya rasa Mikel ingin menjaringkan gol kerana beliau telah memberi penalti kepada mereka.
"Saya amat yakin. Ada yang tanya saya mengapa saya tidak mengambilnya tetapi pengurus mempunyai senarai pemain yang akan mengambil tendangan penalti. Mikel di bawah tekanan dan ia bukan senang untuk menyempurnakan penalti.
Arsenal akan menentang Tottenham pada hari Sabtu nanti.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger