1News Online:
Home » , » Guardiola belum sedia kembali

Guardiola belum sedia kembali

Thursday, November 22, 2012 | 1:30 PM


Ejen Pep Guardiola telah menyatakan bahawa beliau tidak akan mendedahkan sebarang keputusan tentang masa depan beliau dalam masa terdekat.

Kenyataan ini bermakna bahawa bekas pengurus Barcelona bukan pengganti Roberto Di Matteo. Beliau sedang melalui masa rehat tempoh lebih kurang satu tahun dari bola sepak di New York setelah meninggalkan Barca pada musim panas diikuti beberapa musim yang memuaskan di Camp Nou.
Pada mulanya, pengurus yang berumur 41 tahun itu disyak akan menggantikan Roberto Di Matteo yang baru dipecat sebagai pengurus Chelsea setelah kekalahan pasukan kepada Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara baru-baru ini.
Namun, ia kelihatan bahawa Guardiola tidak begitu terdesak untuk kemabli mengurus.
Ejen beliau, Josep Maria Orobitg, telah menyatakan kepada laman web Brazil www.lancenet.com.br: "Pep Guardiola tidak akan mengumumkan apa-apa sebelum bulan Januari. Saya telah bertemu beliau 15 hari yang lalu dan diberitahu bahawa beliau tidak akan membuat keputusan jika beliau akan kembali mengurus atau kekal di bangku simpanan sebelum bulan Januari atau Februari.
"Beliau tidak akan membuat sebarang keputusan bersama kelab atau pasukan kebangsaan."
Orobitg turut menambah: "Hanya beliau seorang yang dapat memutuskan masa depan diri. Beliau sedang menikmati masa rehat bersama keluarga dan akan mula memikirkan tentang pasukan yang diingini musim depan pada bulan Januari."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger