1News Online:
Home » , » Guardiola lebih rela tolak Chelsea

Guardiola lebih rela tolak Chelsea

Monday, November 26, 2012 | 9:59 AM

LONDON - Pep Guardiola rela menolak tawaran Chelsea memandangkan beliau lebih gemar menjadi pengurus Manchester United.

Sebelum ini, pemilik The Blues, Roman Abramovich berharap supaya bekas jurulatih Barcelona itu bakal mengambil alih tugas selaku pengurus di Stamford Bridge Januari depan.

Namun Guardiola yang kini berehat seketika daripada bola sepak di New York, Amerika Syarikat, dikatakan lebih teruja menggantikan Alex Ferguson di Old Trafford.

Jika Ferguson tidak bersara hujung tahun ini, Guardiola sanggup menunggu setahun lagi sebelum menjadi pengurus United.

Beliau sememangnya memiliki hubungan yang baik bersama Ferguson sebelum ini dan telah beberapa kali bertemu secara rahsia di New York.

Sumber terdekat Guardiola mendedahkan, hubungan baik antara Guardiola dan Ferguson selain sejarah kelab yang hebat merupakan sebab utama mengapa Guardiola mahu mengendalikan United.

"Sejujurnya, saya terkejut jika dia menyertai Chelsea berdasarkan apa yang berlaku kepada kelab itu selama ini.

"Saya percaya Guardiola sanggup menunggu lebih lama bagi menggantikan Ferguson di United berbanding menyertai Chelsea," kata sumber itu.

Untuk rekod, Ambramovich baru sahaja melantik bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez bagi menggantikan Roberto Di Matteo yang dipecat baru-baru ini.

Benitez merupakan pengurus yang kesembilan di Stamford Bridge sejak Ambramovich mengambil alih Chelsea pada 2004. - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger