1News Online:
Home » , , » Henry mungkin kembali ke Arsenal

Henry mungkin kembali ke Arsenal

Wednesday, November 21, 2012 | 12:28 PM


Pengurus Arsene Wenger tidak menolak cadangan untuk menawar lagenda Arsenal Thierry Henry kembali ke pasukan.

Pemain yang berumur 35 tahun itu telah melalui sesi latihan bersama bekas pasukan di padang Hertfordshire setelah penamatan musim Liga Amerika Syarikat bersama pasukan New York Red Bulls.
Henry yang pernah menyertai Barcelona pada musim panas 2006, telah kembali ke Arsenal sebagai pemain pinjaman pada tahun lalu dengan empat penampilan dan turut menambahkan rekod jaringan gol beliau untuk pasukan ke 228.
Dengan penyerang Ivory Coast Gervinho sibuk bermain dalam saingan Piala Afrika dari pertengahan Januari dan penyerang Morocco Marouane Chamakh yang bakal meninggalkan pasukan, Wenger telah mempertimbangkan kemungkinan untuk menawar pemain Perancis itu sekali lagi.
"Thierry telah berlatih dengan kami," Wenger berkata. "Patutkah saya menandangani beliau sekali lagi pada bulan Januari? Saya kurang pasti tetapi saya tidak akan menolak cadangan itu. Saya tidak tahu jika beliau ingin menyertai pasukan sekali lagi.
"Saya telah melakukan sedemikian pada musim lalu kerana kami kehilangan Gervinho.
"Gervinho bakal dikecualikan lagi kerana beliau akan sibuk dalam saingan Piala Afrika jadi kami akan mempunyai kekurangan dalam pilihan skuad terutama jika Chamakh meninggalkan pasukan."
Henry yang merupakan salah satu pemain dari skuad Invincibles, telah meninggalkan impak besar dalam perjuangan beliau di Arsenal pada musim lalu.
Wenger turut menambah: "Theirry mampu memberikan harapan, terutama apabila bermain di atas padang. Beliau bijak dan cekap dalam perlawanan. Beliau juga mampu memberikan nasihat terbaik kepada pasukan kerana beliau pernah melalui yang sama dan memahami situasi mereka.
"Apa yang penting sekarang adalah keinginan pasukan untuk menang."
Arsenal berjaya menewaskan Tottenham yang telah beraksi dengan hanya sepuluh pemain, dengan kemenangan 5-2 di Stadium Emirates pada hari Sabtu untuk mengembalikan keyakinan pasukan setelah permulaan yang mengecewakan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger