1News Online:
Home » , , » Hernandez Bagi amaran

Hernandez Bagi amaran

Monday, November 12, 2012 | 4:44 PM


Javier Hernandez dikatakan wira untuk kebangkitan Manchester United dalam kemenangan 3-2 di Aston Villa namunmengakui bahawa pasukan harus lebih memperbaiki.

Pasukan Sir Alex Ferguson telah bangkit untuk meraih kemenangan ke lapan pada musim ini dalam kesemua pertandingan setelah ketinggalan 2-0 awal babak kedua.
Hernanedz turut menyemarakkan semangat dalam pasukan setelah diturunkan dalam separuh masa kedua di mana beliau telah menjaringkan dua gol dan telah melihat percubaan dipesong oleh kapten Villa Ron Vlaar.
Namun, pemain dari Mexico itu telah menyaksikan prestasi kubu pertahanan United yang lemah dan sedar bahawa mereka harus lebih meningkat untuk menghalang jaringan gol.
Kubu pertahanan United gagal untuk mempertahan akibat kekuatan fizikal Christian Benteke, gerakan Gabreil Agbonlahor dan ancaman Andreas Weimann yang telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu.
Ditanya tentang kebangkitan United, Hernandez berkata: "Nasib telah menyebelahi kami.
"Anda tidak mampu leka dan harus berjuang seluruh 90 minit. Kami mampu memungut tiga mata tetapi kami harus lebih meningkat kerana kami telah membolosi banyak jaringan gol.
"Sudah tentu, kami amat bahagia dan keputusan telah banyak menyakinkan pasukan."
Perkara paling penting sekarang adalah Manchester United sudah mengekalkan tempat di puncak liga dan walaupun telah ketinggalan 2-0, kami tetap meraih keoutusan yang baik.
"Kami sedar bahawa masa masih berbaki dan apabila kami berjaya mendapat satu jaringan gol, kami tahu kemampuan kami untuk mendapat dua atau tiga gol setiap perlawanan.Kami sedar bahawa peluang akan tiba."
Hernandez telah menjaringkan sejumlah tujuh gol dalam lima perlawanan setakat ini dan prestasi beliau kembali hebat seperti yang apa yang ditonjolkan pada musim pertama di Old Trafford.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger