1News Online:
Home » » Hiburan - Penangguhan Tayangan 'Tanda Putera' Harus Diterima - Rais

Hiburan - Penangguhan Tayangan 'Tanda Putera' Harus Diterima - Rais

Friday, November 2, 2012 | 1:32 AM


KUALA LUMPUR:Semua pihak perlu akur dengan penangguhan tayangan filem 'Tanda Putera', sekiranya itu yang diputuskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
"Itu (penangguhan) terserah kepada pihak berkuasa. Bukan di bawah kuasa menteri atau mana-mana pihak.
"Kalau pihak berkuasa penapisan (LPF) berbuat sedemikian, itu kita akurlah," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas desas-desus filem yang di jadual ditayangkan pada 15 November ini ditangguhkan ke tahun depan.
LPF, sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, bertanggungjawab menapis semua filem sama ada filem tempatan atau luar negara sebelum di tayang atau diedarkan kepada umum.
Filem 'Tanda Putera' memaparkan perjuangan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan negara selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969.
Ia pada mulanya di jadual ditayangkan pada 13 September lepas, tetapi ditangguhkan ke 15 November dan seterusnya ditangguhkan lagi pada tahun hadapan.
Laporan media sebelum ini menyebut pengarah filem itu, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengesahkan filem tersebut hanya akan ditayangkan pada tahun depan.
Ia disebabkan proses “titik potong” atau cut off point yang diperoleh pada 23 Oktober lalu menyebabkan segala urusan promosi dan pengedaran tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan waktu.
Ditanya sama ada penangguhan itu dibuat kerana pilihan raya umum yang semakin hampir, Rais berkata: "Itu saya tidak tahu." - BERNAMA
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger