1News Online:
Home » , , » Ibra ingin Balotelli serta PSG

Ibra ingin Balotelli serta PSG

Tuesday, November 27, 2012 | 7:53 PM


Pemain Paris Saint-Germain, Zlatan Ibrahimovic yakin bahawa pemain Manchester City, Mario Balotelli ingin berganding bersama beliau sekali lagi.

Penyerang Manchester City itu hanya membuat beberapa penampilan sebagai pemain gantian di pasukan jaura Liga Perdana itu pada musim ini dan pengurus Roberto Mancini dilaporkan berang dengan kelakuan beliau di luar padang.

Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang beberapa pasukan Eropah seperti AC Milan dan bekas pasukan, Inter Milan untuk mendapat tandatangan pemain itu.

Setelah bermain bersama Balotelli pada masa Nerazzurri dahulu, Ibrahimovic telah memberitahu the Sun bahawa beliau yakin dengan kemampuan pemain Itali itu dan ingin berganding bersama beliau di atas padang sekali lagi.

"Mario berbakat dan mempunyai potensi untuk menjadi salah satu penyerang terbaik di dunia pada masa akan datang," Ibrahimovich berkata.

"Saya berpendapat bahawa beliau kini matang dan saya ingin berlatih bersama beliau sekali lagi."

Pasukan Paris Saint-Germain juga dikaitkan dengan bekas kapten David Beckham setelah pemain tengah itu mengumumkan pemergian beliau dari Los Angeles Galaxy. Bertekad untuk mencapai peluang, Ibrahimovic telah menggesa Beckham untuk bermain di Perancis.

"Saya pasti bahawa beliau tentu menerima banyak tawaran dari pelbagai pasukan di seluruh dunia tetapi saya merasakan bahawa Peracis adalah tempat yang sesuai untuk beliau menjulang lebih banyak trofi." beliau menjelaskan.

"Kami mampu menang Liga Juara-Juara dalam jangka masa dua musim seterusnya dengan pasukan yang sedang dkukuhkan lagi."

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger