1News Online:
Home » , , » Ibrahimovic gesa Gerrard cari kelab lain

Ibrahimovic gesa Gerrard cari kelab lain

Thursday, November 15, 2012 | 9:39 AM


ENGLAND - Ketua pasukan Sweden, Zlatan Ibrahimovic percaya rakannya dari England, Steven Gerrard perlu meninggalkan Liverpool dan menyertai kelab antarabangsa yang lebih besar.

Tambah Ibrahimovic, ketika ini adalah masa yang sesuai untuk Gerrard berpindah daripada beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

"Saya rasa Steven Gerrard amat dihormati di seluruh Eropah. Saya tahu kerana dia (Gerrard) sering menjadi pemain yang perlu diawasi kerana dia amat hebat.

"Sungguhpun Liverpool juga sebuah kelab yang besar namun saya mahu melihat Steven beraksi dalam kelab antarabangsa yang terkemuka.

"Bagi saya pemain yang cemerlang mampu memberikan kelainan dalam setiap pasukan yang dia beraksi.
"Saya turut berpendapat Gerrard perlukan kelainan dalam kemahirannya daripada pemain biasa yang lain," kata Ibrahimovic.

Sweden sebelum ini pernah tewas kepada England 2-3 pada saingan Euro 2012.

"Pada perlawanan tersebut kami mempunyai peluang 50-50 untuk menang begitu juga England. Meskipun kalah kami berupaya mempamer permainan yang menarik untuk bangkit mendahului 2-1 sebelum tewas 2-3.

"Bermain menentang pasukan England adalah sesuatu yang menarik selain sukar biarpun menentang kelab Liga Perdana Inggeris. Saya juga terpaksa memberikan persembahan terbaik terutama ketika mewakili Barcelona menentang Arsenal," kata Ibrahimovic. - AGENSI

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger