1News Online:
Home » , » Jadual Piala AFF Suzuki

Jadual Piala AFF Suzuki

Monday, November 19, 2012 | 10:34 PM


Panduan Piala AFF Suzuki oleh ESPNSTAR.my secara ringkas sejak permulaan serta keputusan terkini.



Kejuaraan ini lebih dikenali dengan gelaran Piala Tiger ataupun Kejuaraan Sepak Bola ASEAN sebelum mengubah nama ke Piala AFF Suzuki pada tahun 2008, kejohanan bola sepak paling terkenal di Asia Tenggara - Piala AFF Suzuki 2012 - dan ia tampil kembali untuk edisi ke sembilan tahun ini.
Acara yang diadakan setiap dua tahun ini, telah menarik perhatian ramai peminat bola sepak serantau dan berpeluang untuk menyatukan semula persaingan lama sekaligus memupuk bakat baru dalam pertembungan ini.

Sejak dimulakan pada tahun 1996 di Singapura, pertandingan yang dinanti-nantikan ramai ini akan berlangsung di Malaysia dan Thailand dari 24 November hingga 22 Disember 2012. Diadakan khusus di dua stadium yang mempunyai kapasiti 80,000 tempat duduk: Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur dan Stadium Rajamangala di Bangkok.

Myanmar dan Laos yang berjaya melangkah masuk dari pusingan kelayakan awal, akan menyertai enam pasukan: Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam untuk menjulang kejohanan Piala Suzuki AFF 2012.
Piala Suzuki AFF 2010

Mengimbas kembali ke perlawanan akhir yang mengejutkan apabila Malaysia dinobatkan sebagai juara untuk kali pertama, ia telah membuktikan keupayaan pasukan Harimau Malaya untuk bangkit dari kekalahan 5-1 dalam perlawanan pembukaan mereka menentang Indonesia dan kembali mantap untuk menewaskan pesaing yang sama dengan pungutan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dalam perlawanan akhir.

Malang tidak berbau untuk kededua pasukan yang pernah meraih tiga kejuaraan sebelum itu, Thailand dan Singapura yang dibenam awal dalam peringkat kumpulan diikuti persembahan yang telah mencatat sejarah pertandingan sebagai salah satu persembahan yang menakjubkan oleh pasukan Azkals apabila mereka menang 2-0 menentang Vietnam buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun dan Laos yang berjaya menyekat pasukan Gajah Perang untuk seri 2-2.

Penjaring Gol Terbanyak (Rekod Keseluruhan)
1. Noh Alam Shah (Singapura) - 10 
2. Bambang Pamungkas (Indonesia) - 8
3. Ilham Jaya Kesuma (Indonesia), Napitong Sritong-In (Thailand) - 7
4. Gendut Dony Christiawan (Indonesia), Worrawoot Srimaka (Thailand), Mohd Safee Bin Mohd Sali (Malaysia) -5
5. Myo Hlaing Win (Myanmar), Agu Casmir (Singapura), Budi Sudarsono (Indonesia), Teerasil Dangda (Thailand) - 4

Pusingan Kumpulan

Sabtu
24 Nov
Kump ARajamangala, Bangkok1730hrsVietnamvsMyanmar
Sabtu
24 Nov
Kump ARajamangala, Bangkok2020hrsThailandvsFilipina
Ahad
25 Nov
Kump BBukit Jalil, Kuala Lumpur1800hrsIndonesiavsLaos
Ahad
25 Nov
Kump BBukit Jalil, Kuala Lumpur2045hrsMalaysiavsSingapura
Sel
27 Nov
Kump ARajamangala, Bangkok1730hrsVietnamvsFilipina
Sel
27 Nov
Kump ARajamangala, Bangkok2020hrsMyanmarvsThailand
Rabu
28 Nov
Kump BBukit Jalil, Kuala Lumpur1800hrsIndonesiavsSingapura
Rabu
28 Nov
Kump BBukit Jalil, Kuala Lumpur2045hrsLaosvsMalaysia
Jum
30 Nov
Kump AMuang Thong, Bangkok2020hrsFilipinavsMyanmar
Jum
30 Nov
Kump ARajamangala, Bangkok2020hrsThailandvsVietnam
Sab
1 Dis
Kump BShah Alam, Kuala Lumpur2045hrsSingapuravsLaos
Sab
1 Dis
Kump BBukit Jalil, Kuala Lumpur2045hrsMalaysiavsIndonesia

Separuh Akhir

Sab
8 Dis
SA1 


Naib Juara AvsJuara B
Ahad
9 Dis
SA2



Naib Juara B
vsJuara A
Rabu
12 Dis
SA1



Juara B
vsNaib Juara A
Kha
13 Dis
SA2



Juara AvsNaib Juara B

Perlawanan Akhir

Rab
19 Dis
Perlawanan akhir  
Juara SA1vsJuara SA2
Sab
22 Dis
Perlawanan akhir
 
Juara SA2vsJuara SA1
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger