1News Online:
Home » » Jakarta Ungguli Senarai Destinasi Pilihan Di Asia

Jakarta Ungguli Senarai Destinasi Pilihan Di Asia

Wednesday, November 14, 2012 | 2:23 PM


KUALA LUMPUR: Jakarta menduduki tempat teratas dalam senarai destinasi semakin berkembang di Asia, demikian menurut TripAdvisor, laman sesawang pelancongan terbesar di dunia.
TripAdvisor berkata demikian ketika mengumumkan pemenang-pemenang anugerahPilihan Pelancong bagi Destinasi Semakin Berkembang 2012, Rabu.
Kathmandu, ibu kota Nepal menduduki tempat kedua selepas Jakarta manakala Kolkata (India) tempat ketiga. Sepuluh bandar terunggul lain ialah Manila (Filipina), Bangalore (India), Luang Prabang (Laos), Phnom Penh (Kemboja), Chiang Mai (Thailand) serta Kobe dan Osaka di Jepun.

Anugerah itu bertujuan mengiktiraf destinasi-destinasi yang telah mencatatkan peningkatan besar maklum balas positif pelancong dan minat pelancong dari tahun ke tahun, kata TripAdvisor dalam satu kenyataan Rabu.
Mar del Plata, Argentina, mengungguli senarai bagi destinasi pilihan pelancong yang semakin meningkat di peringkat global, manakala Sao Paolo (Brazil) di tempat kedua dan Kiev (Ukraine), ketiga.
Destinasi-destinasi global lain ialah Montevideo (Uuruguay), Perth (Australia), Bandaraya Mexico (Mexico), Hobart (Australia), Guadalajara (Mexico), Moscow (Rusia) dan Turin (Itali).
Jurucakap TripAdvisor, Jean Ow-Yeong, berkata anugerah-anugerah itu merupakan pengiktirafan besar bagi bandar-bandar berkenaan, bukan sahaja berdasarkan minat pelancong yang semakin meningkat, malah juga maklum balas positif yang semakin banyak tentang hotel, restoran dan kegiatan-kegiatan di bandar-bandar itu. BERNAMA
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger