1News Online:
Home » » Jam aktiviti lasak

Jam aktiviti lasak

Thursday, November 29, 2012 | 11:05 AM


APAKAH peralatan penting yang perlu dibawa sekiranya anda bercadang menyertai aktiviti lasak seperti berkhemah di dalam hutan dan memanjat bukit?

Selain kelengkapan berkhemah dan peralatan memanjat, jam canggih iaitu fenix keluaran Garmin mesti dibawa bersama bagi mengelak anda sesat dalam perjalanan.
Jam ini direka khusus untuk peminat aktiviti luar kerana ia jam GPS sensitif tinggi dan mempunyai keupayaan tiga dalam satu dikenali sebagai ABC (Altimeter, Barometer dan Compass).

Altimeter ialah keupayaan mengukur ketinggian, barometer bermaksud keupayaan mengukur tekanan dan kompas untuk kegunaan menunjuk arah.

Fenix juga dilengkapi dengan sensor ABC bagi memberikan maklumat terkini pada masa tertentu. Altimer yang terdapat dalam jam ini menyediakan maklumat relevan pada masa yang diperlukan.

Peminat aktiviti lasak boleh membuat rekod jarak dan kelajuan, ketinggian, kedalaman, tekanan dan kelajuan garis tegak. Malah boleh menukar jarak dalam batu kepada kilometer, kaki kepada meter dan Celsius kepada Fahrenheit.

Anda tidak perlu bimbang sekiranya tersesat kerana Fenix membantu anda merangka perjalanan, merekod lebih 1,000 titik rujukan seperti tapak perkhemahan atau tempat menarik dan merekod laluan denai sepanjang penerokaan.
Pembeli juga boleh mencari arah menggunakan koordinat selain laluan atau jalan, menuju titik rujukan dan tempat tersembunyi.

Fungsi TracBack pula memberi panduan kepada anda laluan yang sudah direkod dan anda dengan mudah boleh mencari kenderaan, ketua kumpulan atau tapak perkhemahan sekiranya berdepan kecemasan dan cuaca buruk.

Oleh itu, rancanglah perjalanan anda dan berkongsi pengalaman mendebarkan bersama ahli keluarga dan rakan. Fenix juga dilengkapi keupayaan ANT dan Bluetooh yang mengumpul laluan, titik rujukan dan tempat tersembunyi.

Jika berminat, hubungi Aeco Technologies (M) Sdn Bhd di talian 03-92858062.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger