1News Online:
Home » » James Bond bosan?

James Bond bosan?

Tuesday, November 13, 2012 | 3:31 PM



ANDA sudah menonton filem James Bond terbaru, Skyfall? Ada yang kata bosan dan sebaliknya. Nampaknya, hero filem itu sendiri mengakui sudah bosan melakonkan watak ejen popular 007 tersebut.

Menurut majalah Rolling Stone, Daniel Craig dikatakan mencari alasan untuk tidak lagi terlibat dengan mana-mana filem berkaitan James Bond.

"Rasanya saya sudah bosan untuk melakonkan watak Bond. Saya akui saya sentiasa mencari alasan agar tidak lagi terlibat dengan produksi filem tersebut," katanya kepada majalah tersebut.

Walau bagaimanapun, 'misi' pelakon ini masih lagi belum selesai apabila dia perlu terlibat untuk dua buah lagi filem francais tersebut.

"Nampaknya pihak produksi memang tidak mahu melepaskan saya.

"Apa-apa pun, saya bersetuju untuk terlibat dalam dua buah lagi filem atas jenama James Bond," katanya lagi.
Nampaknya semangat ejen 007 tersebut hanyalah sekadar lakonan Craig sahaja sedangkan hatinya sendiri sudah muak dengan filem pujaan ramai itu.

Siapalah agaknya yang sesuai untuk memegang karisma watak James Bond selepas Craig mengundur diri nanti?

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger