1News Online:
Home » , , » Jangan kacau Suarez

Jangan kacau Suarez

Saturday, November 17, 2012 | 10:53 AM


ENGLAND - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers memberi amaran kepada Manchester City bahawa penyerangnya Luis Suarez bukan untuk dijual.

"Semuanya jelas bahawa kami tidak berminat untuk menjual pemain terbaik kami.
"Dia tidak akan dijual dan akan terus kekal bersama kami di sini.

"Sekiranya kami kehilangan Luis bermakna kami tidak akan mempunyai penyerang.

"Saya yakin akan ada kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain kami seperti Suarez."Dia 
adalah pemain yang bijak dalam melaksanakan tugasnya. Kami mahu menambah pemain dalam skuad ini bukannya mengeluarkan pemain terutama pemain bertaraf dunia.

"Dia telah menjaringkan gol buat kami dan bermain dengan baik di sini malah Luis telah menunjukkan komitmen bersama kami," kata Rodgers.

Penyerang Uruguay itu, yang telah menjaringkan 11 gol musim ini menegaskan dia gembira berada di Anfield.

"Saya sangat gembira berada dalam kelab ini iaitu kelab yang memang saya impikan untuk bersama.
"Kini saya perlu cuba untuk terus kekal di sini selama yang boleh," kata Suarez. - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger