1News Online:
Home » » Jangan terkejut 90% Negara Dunia Pernah Diserang dan Dijajah British

Jangan terkejut 90% Negara Dunia Pernah Diserang dan Dijajah British

Thursday, November 8, 2012 | 11:56 PM


Sebuah kajian baru mendedahkan bahawa sepanjang sejarah, rejim British yang gila berperang itu ternyata pernah menyerang 90% negara di seluruh dunia.

Kajian yang di Isikankan dalam buku bertajuk, "All the Countries We've Ever Invaded: And the Few We Never Got Round To", mengatakan dari 200 negara di dunia hanya 22 negara yang belum pernah diceroboh British.
 
Negara-negara yang aman dari Pengembaraan penjajah British hanyalah Guatemala, Tajikistan, Kepulauan Marshall dan beberapa negara berdekatan kerajaan itu, seperti Luxembourg.

Stuart Laycock, si penulis buku mengatakan dia terdetik untuk melakukan kajian kerana anaknya yang berusia 11 tahun, Frederick, bertanya padanya berapa banyak negara yang pernah diserang British.

Laycock mengatakan dirinya cukup terkejut apabila menyedari hasil kajian yang dilakukannya selama hampir dua tahun.

"Saya benar-benar terkejut apabila mengira. Saya mengira saya mempunyai pengetahuan am yang sangat baik. Tapi tenyata saya tidak mengetahui beberapa hal yang sebenarnya pernah terjadi. Itu tentu saja mengejutkan saya," kata Laycock.

Kajian yang dilakukan Laylock itu mengikut batas-batas nasional dan nama negara ketika ini. Majoriti pencerobohan itu berlaku ketika sempadan itu belum ditetapkan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger