1News Online:
Home » , » Kelantan sedia hilang Ghaddar, Mat Yo

Kelantan sedia hilang Ghaddar, Mat Yo

Tuesday, November 20, 2012 | 12:45 PM


Dilaporkan pasukan juara treble Kelantan bakal kehilangan penyerang-penyerang tonggak mereka pada musim depan.

Kedua-dua penyerang utama pasukan - penyerang Lubnan Mohd Ghaddar Mahmoud dan Norshahrul Idlan Talaha - dijangka akan menyertai pasukan yang sanggup membayar lebih untuk perkhidmatan mereka.

Ia juga dikatakan bahawa Mohd Ghaddar telah memohon kenaikan gaji sementara Norshahrul mendedahkan keinginan untuk berhijrah ke Johor pada musim depan.

Pengurus dan jurulatih Kelantan, Bojan Hodak telah menerima kenyataan bahawa kededua pemain itu telah ditawar oleh pasukan lain setelah mereka berjaya meriah kejuaraan treble.

"Sudah tentu pemain kami akan disasar oleh pasukan lain kerana kami berjaya meraih kemenangan treble. Mereka telah membuktikan kualiti mereka," kata Hodak kepada The Star.

"Banyak pasukan telah menggunakan wang untuk menarik perhatian pemain kami. Saya memahami bahawa pemain ingin mendapat gaji lebih tinggi tetapi pasukan yang berminat harus memberikan tawaran yang berbaloi kerana pemain-pemain ini masih berbaki kontrak bersama kami."

Pemergian Ghaddar dan Norshahrul akan menjejaskan pasukan Red Warriors yang ingin mencabar dalam saingan Piala AFC pada musim seterusnya. Kelantan berjaya melangkah masuk peringkat suku akhir dalam penampilan pertama mereka sebelum ditewaskan oleh pasukan juara Liga Perdana Iraq Arbil SC dengan pungutan agregat 6-2.

"Kami sedang berunding dengan Ghaddar namun permintaan gaji beliau terlalu tinggi dan mungkin agak sukar untuk kami. Mungkin lebih baik jika kami beralih kepada pemain lain, " tambahnya lagi.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger