1News Online:
Home » » Lanun Indonesia Rampas Kapal Malaysia

Lanun Indonesia Rampas Kapal Malaysia

Saturday, November 24, 2012 | 2:06 PM


GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan sebahagian lelaki 
yang disyaki lanun dikawal anggota polis marin Vietnam di bandar Vung Tau.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Vietnam menangkap 11 orang disyaki lanun Indonesia kerana merampas sebuah kapal tangki yang membawa bahan kimia milik Malaysia ke Borneo, kata Biro Maritim Antarabangsa semalam.

Menurut ketua biro itu, Noel Choong, kapal tersebut terputus hubungan pada minggu lalu selepas meninggalkan negeri Johor.

Kapal tersebut dipercayai diserang di Laut China Selatan.

Pihak berkuasa Vietnam berjaya memintas kapal tangki itu kelmarin dan menangkap 11 suspek.

Lanun itu turut menukar nama kapal berkenaan dan mengibarkan bendera Honduras.

Anak kapal itu terdiri daripada lima warga Myanmar dan empat rakyat Indonesia.

Akhbar Tuoi Tre News melaporkan semua suspek lanun itu warga Indonesia dan mereka memakai topeng muka semasa merampas kapal tersebut. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger