1News Online:
Home » » Layar Impian Perkahwinan Anzalna

Layar Impian Perkahwinan Anzalna

Tuesday, November 27, 2012 | 7:30 PM


Pernah satu ketika namanya pernah hangat diperkatakan dalam isu saman antara Neelofa dan dirinya tetapi telah pun diselesaikan secara baik.

Tidak terhenti begitu sahaja gosip tentang dirinya. Baru-baru ini heboh mengatakan mengatakan kekasihnya Hanif Zaki  menghantar rombongan merisik dan meminang Anzalna Nasir walaupun ianya hanya sekabar angin.

Terbaru Anzalna menjadi penghias ‘cover’ depan majalah Femag dengan bertemakan perkahwinan. Tampil dengan berambut pendek lari dari kebiasaannya. Dengan mengenakan busana serba putih dengan hiasa yang ‘simple’ menampakkan kelainan pada wajah Anzalna.


Apa yang lebih menarik lagi, isu kali ini memapaparkan kisah perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo yang begitu meriah.Tidak lupa pelakon popular Farid Kamil dan pasangannya Diana Danielle, yang telah pun berbadan dua.

Selain dari itu solekan dan fesyen busana perkahwinan buat rujukan di hari bahagia anda. Kepada mereka yang bakal membina mahligai bahagia bersama pasangan tercinta, jangan lupa untuk lihat sendiri apa yang menarik dalam FeMag.



Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger