1News Online:
Home » » Leonardo DiCaprio Putus Cinta Lagi

Leonardo DiCaprio Putus Cinta Lagi

Monday, November 5, 2012 | 12:39 AM


AKTOR kacak Leonardo Dicaprio kembali berstatus solo selepas hubungan cintanya dengan model Erin Heatherton terkandas.
Menurut laporan US Weekly, Leo dan model jenama pakaian dalam Victoria's Secret itu memutuskan hubungan apabila dikatakan tidak mempunyai persefahaman antara stau sama lain.
"Mereka putus beberapa minggu yang lalu kerana tidak ada persefahaman, tetapi tetap mengambil berat antara satu sama lain.
"Jadual kerja yang terlalu sibuk mungkin juga menjadi punca keretakan hubungan itu," kata sumber.
Walaupun alasannya agak klise, Leo sememangnya sibuk dengan kerja-kerja lakonannya. Untuk tahun ini sahaja, aktor berusia 37 tahun itu terpaksa menjalani penggambaran untuk tiga buah filem iaitu Great Gatsby di Australia, DJango Unchained (New Orleans) dan Wolf Of Wall Street (New York).
Leo dan model berusia 23 tahun itu mula menjalinkan hubungan cinta pada Disember 2011, sebulan selepas dia putus cinta dengan kekasih sebelumnya, Blake Lively.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger