1News Online:
Home » , , » Liga Juara-Juara: Wenger Sasar Tempat Teratas Kumpulan B

Liga Juara-Juara: Wenger Sasar Tempat Teratas Kumpulan B

Thursday, November 22, 2012 | 5:54 PM


PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger merancang untuk menamatkan saingan di tempat teratas Kumpulan B selepas menang 2-0 ke atas Montpellier pada aksi Liga Juara-Juara (CL) di Stadium Emirates, awal pagi Khamis.

Dengan keputusan itu juga, The Gunners berjaya menempah tiket mara ke kelompok 16 pasukan (pusingan kalah mati) biarpun masih berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan bertemu Olympiacos pada 4 Disember ini.

"Kami bermain untuk menang dan menamatkan saingan di tempat teratas.

"Kami akan cuba untuk menang bertemu Olympiakos, dan berharap Montpellier boleh menewaskan Schalke pada masa yang sama," jelas Wenger.

Arsenal kini berada di tempat kedua kumpulan dengan 10 mata, hanya beza satu mata di belakang Schalke 04 (11 mata).

Sebagai rekod, Arsenal telah menamatkan kedudukan di tempat kedua peringkat kumpulan selama tiga tahun dalam tempoh lima musim.

"Namun secara keseluruhan, saya yakin lebih baik berada di tempat teratas kerana kamu akan lebih yakin," tambahnya.

KEDUDUKAN KUMPULAN B

1. Shalke 04 11 mata

2. Asenal 10

3.Olympiacos 6

4.Montpellier HSC 1
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger