1News Online:
Home » » Lindsay Lohan Ditahan Kerana Bergaduh Dalam Kelab Malam

Lindsay Lohan Ditahan Kerana Bergaduh Dalam Kelab Malam

Friday, November 30, 2012 | 11:59 PM



NEW YORK: Pelakon dan penyanyi Lindsay Lohan ditahan pihak berkuasa kerana terlibat dalam perbalahan dengan seorang wanita di kelab malam di sini pada awal pagi Khamis (waktu tempatan).

Lohan, 26, didakwa atas kesalahan melakukan serangan yang serius terhadap wanita itu.

Menurut laporan Fox News seperti dipetik laman web people.com, jurucakap Jabatan Polis New York berkata, pergaduhan itu berpunca daripada perang mulut ketika mereka berada di dalam Club Avenue, 10th Avenue, di sini pada awal pagi Khamis.

Difahamkan, perang mulut itu menjadi lebih serius sehingga Lohan bertindak menumbuk wajah wanita terbabit.


Lohan kini masih dalam tempoh perhatian atas kesalahan mencuri seutas rantai di California pada tahun lalu.

Insiden terbaru itu boleh mengakibatkan bintang bermasalah tersebut menerima hukuman penjara jika dia ditahan semula kerana mengulangi kesalahan jenayah.


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger