KUALA LUMPUR: Peneraju perkhidmatan pesanan telefon mudah
alih Korea Selatan, NHN Corporation, menerusi produk rangkaian sosialnya, LINE
memperkenalkan tiga aplikasi permainan percuma terbarunya yang disasarkan
kepada pengguna tempatan.
Antara aplikasi permainan percuma yang ditawarkan adalah
LINE POP, LINE Cartoon Wars dan LINE PATAPOKO ANIMAL.

LINE POP adalah permainan menguji minda yang buat pertama
kalinya diperkenalkan menerusi produk sokongan LINE dengan watak utama termasuk
Moon, Brown, Cony dan Sally.
Objektif permainan adalah memadankan tiga atau lebih watak
sama, iaitu sama ada secara menegak atau melintang secepat mungkin untuk
menghasilkan 'POP'.
Apabila watak terbabit berjaya "diPOPkan", watak
yang comel akan menunjukkan mimik terkejut dan lucu.
Selepas satu pusingan, markah tertinggi akan dikongsi dan
kedudukan semasa ditetapkan dengan pemain lain, di mana kedudukan itu akan
disusun semula pada setiap minggu.
Bagi LINE Cartoon Wars pula, ia permainan berkonsepkan
mempertahankan menara apabila pemain harus memastikan kubu mereka dipertahankan
ketika cuba menakluki dan memusnahkan istana musuh.
Ia dibangunkan bertujuan menggalakkan aspek kerjasama dan
interaksi bersama pemain lain.
Pemain mesti mencipta dan menggabungkan unit terdiri
daripada askar maya untuk menang.
LINE PATAPOKO ANIMAL pula permainan berasaskan ciri menembak
ketika rangkaian binatang comel.
Binatang terbabit perlu dinafikan rancangan mereka untuk
melarikan diri ke alam nyata dari dunia buku cerita.
Pelanggan boleh memuat turun permainan itu di App Store atau
Google Play.
Untuk mendapatkan akses permainan LINE, klik pada tab
"More" pada bahagian bawah di sebelah kanan sebelum rangkaian
permainan LINE kelihatan.
Menjelang akhir tahun ini, LINE Malaysia dijangka
memperkenalkan lebih daripada 10 permainan bagi menyokong aplikasi rangkaian
sosial terbabit.
Post a Comment