1News Online:
Home » , , » Liverpool buru Sturridge

Liverpool buru Sturridge

Wednesday, November 21, 2012 | 11:37 AM


LONDON - Liverpool telah membuka langkah pertama dalam usaha mendapatkan bintang Chelsea, Daniel Sturridge yang dinilai pada harga sekitar 15 juta pound (RM72.96 juta) apabila tempoh perpindahan pemain dibuka semula Januari depan.

Pengurusan Anfield difahamkan telah menghubungi Chelsea berhubung minat mereka itu.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers pastinya akan cuba sedaya upaya melengkapkan urus niaga tersebut secepat mungkin bagi mengelak berulangnya kegagalan mendapatkan khidmat Clint Dempsey sebelum ini.

Chelsea dijangka tidak keberatan untuk menjual Sturridge, memandangkan mereka mahu menjana seberapa banyak peruntukan yang mungkin bagi membiayai pembelian sasaran utama, Radamel Falcao yang bernilai hampir 48 juta pound (RM233.47 juta) dari Atletico Madrid.

Rodgers juga mempertimbangkan kemungkinan membeli semula bekas pemain tengah mudanya, Tom Ince yang menyerlah bersama Blackpool.

Anak kepada bekas jaguh Manchester United dan Liverpool itu meninggalkan Anfield 18 bulan lalu selepas gagal merebut tempat dalam skuad utama.

Kelibat Ince juga diintai United. - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger