1News Online:
Home » , , » Luiz: Falcao sesuai untuk Chelsea

Luiz: Falcao sesuai untuk Chelsea

Friday, November 16, 2012 | 4:40 PM


David Luiz berpendapat bahawa Radamel Falcao akan menjadi tambahan yang sesuai untuk skuad Chelsea.

Pasukan Blues merupakan salah satu pasukan yang ingin menawar penyerang Colombia Falcao yang telah menjaringkan 10 gol untuk Atletico Madrid pada musim ini.
Oleh kerana Fernando Torres yang sedang menghadapi cabaran untuk menonjolkan prestasi yang dipaparkan dalam pasukan Liverpool sebelum itu, Falcao adalah pilihan terbaik untuk pasukan Blues mengukuhkan perjuangan mereka dalam Liga Perdana Barclays.
Pemain yang berumur 26 tahun itu, dijangka akan mempunyai yuran yang agak mahal dalam kontrak untuk dilepaskan, tetapi Luiz kekal menyatakan bahawa Chelsea adalah pasukan yang sesuai untuk pemain itu.
"Beliau sesuai dalam skuad kami," Luiz berkata kepada pihak media Brazil setelah keputusan seri bersama Colombia di United States pada malam Rabu.
"Kami akan berasa gembira jika beliau menyertai kami kerana beliau bakal menyerlah dalam pasukan."
Luiz juga menambah, menurut Terra.com: "Beliau merupakan ancaman dan seorang penyerang yang menakjubkan."
Pasukan Blues juga dikaitkan dengan pemain Juventus Stephan Lichtsteiner tetapi ejen beliau telah menolak dakwaan bahawa pemain pertahanan Switzerland itu akan berpindah ke Stamford Bridge.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger