1News Online:
Home » , , » Macheda Bersedia Tinggalkan Red Devil

Macheda Bersedia Tinggalkan Red Devil

Thursday, November 8, 2012 | 4:47 PM

Manchester - Tidak mendapat banyak peluang bermain di Manchester United membuatkan Federico Macheda merasa tidak selesa. Dia bersedia untuk mencari pasukan baru pada bulan Januari akan datang.

Musim ini, Macheda jarang sekali diturunkan oleh pengurus Sir Alex Ferguson. Ferguson memilih Robin van Persie dan Wayne Rooney sebagai penyerang utama 'Red Devil', sementara Javier Hernandez dan Danny Welbeck menjadi pilihan pemain gantian. Macheda baru sekali mendapat peluang bermain, ketika masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan Piala Liga Inggeris menentang Chelsea.

Sebelumnya, Macheda pernah menjalani tempoh peminjaman di Sampdoria dan Queens Park Rangers. Dia mungkin akan pergi dari Old Trafford pada perpindahan berikutnya.

"Federico pada masa ini tidak mendapatkan tempat. Jadi, terang bahawa pada bulan Januari dia akan berpindah," kata agen Macheda, Giovanni Bia, kepada tuttomercatoweb.com.

"Tapi, saya fikir dia tidak akan kembali lagi ke Itali kerana selalunya pada bulan Januari kelab-kelab akan mencari pemain, kecuali ada pasukan yang mahukan dan ingin melanjutkan kontrak jangka panjang dengannya," jelasnya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger