1News Online:
Home » » Makam puteri Firaun ditemui

Makam puteri Firaun ditemui

Tuesday, November 6, 2012 | 12:45 AM



KAHERAH - Sekumpulan ahli arkeologi Republik Czech menemui makam seorang puteri Firaun yang berusia 4,500 tahun di selatan bandar raya ini.
Makam Puteri Shert Nebti itu dikelilingi kubur empat pegawai tinggi di Kompleks Abu Sir berdekatan piramid Saqqara.
Penemuan itu didedahkan Ketua Jabatan Mesir dan Yunani-Romawi, Kementerian Antikuiti, Mohammed El-Bialy kelmarin selepas ia ditemui baru-baru ini.
Terdapat empat tiang batu di makam puteri tersebut.
Inskripsi pada tiang itu menunjukkan puteri berkenaan merupakan anak perempuan Raja Men Salbo.
Tapak makam itu kini ditutup bagi mengelak kehadiran orang awam.
Bagaimanapun, Mohamed berkata, kerja-kerja penggalian di lokasi tersebut masih lagi di peringkat awal. - AP
Kongsi artikel ini : :

+ comments + 3 comments

November 6, 2012 at 1:10 AM

kalau gali lagi ni.mesti da lagi

Anonymous
November 6, 2012 at 1:49 AM

aaa tu la... cuba gali lagi..sape nak gali ni..;)

November 7, 2012 at 4:28 PM

gali jumpa emas takpe..sekali jumpa makam puteri firaun..entah ehh betul ke tidak tu makam puteri firaun

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger