1News Online:
Home » , , » Man City Tawar £15 Juta Kepada Crystal Palace Untuk Dapatkan Penyerang Sensasi Baru Zaha

Man City Tawar £15 Juta Kepada Crystal Palace Untuk Dapatkan Penyerang Sensasi Baru Zaha

Friday, November 23, 2012 | 12:05 PM


MANCHESTER CITY secara rasmi telah mengemukakan tawaran sebanyak £15 juta kepada penyerang muda sensasi baru England Wilfried Zaha kepada kelab Divisyen Satu Inggeris, Crystal Palace.

Juara Liga Perdana Inggeris itu telah menawarkan wang tunai pendahuluan £12 juta manakala baki £3 juta lagi akan dibayar dalam bentuk ganjaran tambahan.

Tawaran ini termasuklah meminjamkan semula Zaha, 20, kepada Palace untuk semusim lagi.

City berbuat demikian sebagai langkah untuk mendapatkan tanda tangan Zaha secepat mungkin sebelum pemain itu direbut oleh kelab-kelab lain seperti Chelsea dan Manchester United, Arsenal, Spurs dan Liverpool.

Zaha terpilih untuk mewakili skuad kebangsaan England menentang Sweden dalam perlawanan persahabatan minggu lalu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger