1News Online:
Home » , , » Mancini: Bukan senang tumbangkan Real

Mancini: Bukan senang tumbangkan Real

Tuesday, November 20, 2012 | 1:43 PM


HANYA kesempurnaan diperlukan Roberto Mancini sekiranya mahu menewaskan Real Madrid pada aksi Liga Juara-juara Eropah, Khamis ini.
Kerakusan City merentap ego Aston Villa 5-0, kelmarin, tidak membawa apa-apa makna buat Real kerana cabaran yang bakal menanti lebih hebat.
“Saya tidak tahu sama ada kemenangan itu cukup untuk menewaskan Real. Mereka antara pasukan terbaik di dunia dan untuk menumbangkan mereka, kami perlu pamer persembahan paling sempurna.
“Pada pertemuan sebelum ini kami hampir tertewas. Namun itu hanya rekod lama kerana pertarungan kali ini amat berbeza.
“Real memiliki empat perancang terbaik, dan kami perlu bekerja keras untuk menghalang mereka dan pastikan jentera pertahanan benar-benar kukuh,” katanya yang bakal menyambut kedatangan lawan ke Stadium Etihad.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger