1News Online:
Home » , , » Mancini gembira dengan Balotelli

Mancini gembira dengan Balotelli

Thursday, November 29, 2012 | 3:35 PM

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini gembira dengan persembahan Mario Balotelli yang telah menjaringkan gol kemenangan di Wigan.


Balotelli telah membuat penampilan kembali sejak enam perlawanan yang lalu dan telah menjaringkan gol pada minit ke 69 dalam pertemuan yang disifatkan seimbang untuk kededua pasukan.

Ia juga merupakan jaringan gol pertama Balotelli dalam musim Liga Perdana ini, yang tiba setelah beliau menggantikan Sergio Aguero di atas padang.

City kemudian berjuang untuk menang 2-0 apabila pemain gantian James Milner menambahkan mata tiga minit kemudian.

Mancini berkata: "Saya gembira untuk beliau kerana telah berjaya menjaringkan gol pertama pada tahun ini. Beliau juga telah menyumbang gol yang penting.

"Saya mengharapkan bahawa beliau mampu meningkat pada minggu hadapan dan perlawanan akna datang.

"Mario adalah salah satu dari penyerang kami. Kami mempunyai penyerang hebat dan pada masa ini, kami telah melalui cabaran yang sukar untuk menemui sasaran namun kami mampu mengubah keadaan."

Balotelli telah dikecualikan dalam perlawanan menentang Tottenham awal bulan ini diikuti kecederaan belakang.

Aguero yang telah disertakan dalam kesebelasan pasukan dalam lima perlawnana sebelum itu.
Beliau menyatakan: "Kami sedang mempertimbangkan Mario atau Sergio tetapi Mario kelihatan lebih bertenaga pada masa ini.

"Sergio telah bermain dalam banyak perlawanan dan ia adalah salah satu sebab mengapa kami membuat perubahan."

Masa depan Balotelli diragukan beberapa minggu ini tetapi Mancini - bukan kali pertama- tetap menafikan kenyataan bahawa beliau akan menjual pemain Itali itu dalam musim pemindahan pada bulan Januari akan datang.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger