1News Online:
Home » , , » Mancini gembira prestasi City makin meningkat

Mancini gembira prestasi City makin meningkat

Sunday, November 18, 2012 | 2:30 PM


PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini melahirkan kegembiraan apabila melihat peningkatan yang dilakukan oleh anak buahnya setelah menundukkan Aston Villa 5-0 semalam.

Mancini turut menyifatkan mereka kini telah kembali ke prestasi yang sebenar setelah menunjukkan prestasi hambar sebelum ini.

"Kami sebenarnya boleh melakukan lebih baik tetapi saya tetap gembira kerana pemain mula menemui rentak yang sebenar.

"Dalam dua perlawanan terakhir, saya sedikit bimbang, saya fikir kita akan ketinggalan, tapi pemain menunjukkan semangat yang tinggi.

"Saya harap kita akan meneruskan prestasi ini dan mampu mengekalkan kejuaraan," kata Mancini.

Dalam perlawanan semalam, City berjaya memintas Manchester United (MU) yang terdahulu tewas kepada Norwich 0-1.

Pada masa yang sama, Mancini turut gembira melihat peningkatan Sergio Aguero dan Carlos Tevez yang berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu.

"Bagi saya, ia adalah sangat penting apabila kita mula bermain dengan baik dan dalam dua perlawanan terakhir kami telah menjaringkan enam gol dengan penyerang kami," jelas Mancini lagi.

Setelah 12 perlawanan setakat ini, City kembali mengungguli takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengumpul 28 mata, MU (27) manakala Chelsea (24).
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger