1News Online:
Home » , , » Mancini salahkan para pengadil

Mancini salahkan para pengadil

Wednesday, November 7, 2012 | 4:38 PM


Roberto Mancini menyalahkan para pegawai dalam keputusan seri 2-2 bersama Ajax sebelum mengakui Manchester City hampir disingkir dari saingan Liga Juara-Juara.

Pengadil Peter Rasmussen diletakkan di tengah perhatian ramai apabila beliau gagal memberikan penalti setelah Christian Poulsen mengasari Yaya Toure dalam kotak penalti awal perlawanan.
City turut terjejas dengan dua keputusan seterusnya pada akhir perlawanan apabila Sergio Aguero dinafikan jaringan gol yang dikatakan ofsaid dan Mario Balotelli yang dicabar apabila baju beliau ditarik dalam kotak namun penalti tidak diberikan.

Dengan City hampir disingkir dari pertandingan, Mancini kelihatan berang dengan keputusan yang telah menjejaskan pasukan beliau dari kemenangan.
"Jaringan Aguero bukan ofsaid, ia patut dibenarkan sebagai jaringan gol. Kami hampir mendapat keajaiban yang amat diperlukan selama ini. Malangnya, kami hanya mampu memungut satu mata dan saya pasti perjuangan kami sudah berakhir dalam saingan Liga Juara-Juara.
"Kami telah bermain dengan baik dalam babak kedua apabila pasukan berjaya mengukir beberapa peluang dan telah menjaringkan tiga gol (termasuk gol yang dinafikan).
"Penelitian para pengadil dan pegawai amat lemah dan tidak adil."
Mancini turut mengakui bahawa ia akan menjadi sukar untuk City melangkah masuk peringkat seterusnya dengan perlawanan menetang Real Madrid dan Borussia Dortmund akan datang dan menyalahkan kubu pertahanan yang telah membernarkan Siem de Jong untuk menjaringkan gol.
"Saya rasa prestasi pasukan amat baik. Kami telah membolosi dua gol hasil tendangan sudut namun kami telah bangkit untuk mengukir beberapa peluang. Saya sentiasa menyakinkan pasukan tetapi sekarang, ia amat sukar untuk melakukan sedemikian." beliau menambah kepada laman web rasmi UEFA.
"Kami berbaki dua perlawanan sukar. Sudah tentu kami akan cuba untuk menang. Jika kami berjaya memenangi dua perlawanan itu, mendapat lapan mata dan melayakkan diri, saya rasa kami mampu menjuarai Liga Juara-Juara.
"Kami telah mensia-siakan peluang untuk menang di (Santiago) Bernabeu serta perlawanan menentang Ajax. Kami tidak bermula dengan baik tetapi kami mampu mendahului dan mengukir dua peluang hanya untuk membazirkan mereka lagi."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger