1News Online:
Home » , , » Mancini: Saya pilih City atas pasukan lain

Mancini: Saya pilih City atas pasukan lain

Saturday, November 3, 2012 | 12:29 PM


Pengurus Manchester City, Roberto Mancini tidak menafikan beliau telah berbincang dengan Monaco musim lalu.

Telah dilaporkan pengurus berasal dari Itali itu, sebelum memimpin City kepada kejuaraan liga, telah berbincang dengan pasukan kaya dari Perancis itu.
Tetapi Mancini kemudian menandatangani kontrak baru di City selama lima tahun di musim panas lalu dan menegaskan beliau gembira di Stadium Etihad.
Mancini, yang telah dikaitkan dengan beberapa jawatan yang lain musim lalu, berkata: "Tahun lepas saya telah berbincangan dengan lapan atau tujuh pasukan tetapi saya mengambil keputusan untuk kekal di sini.
"Saya telah bekerja dengan baik di sini selama tiga tahun. Jika seseorang merasakan kami tidak bekerja dengan baik - kami telah memenangi dua trofi. Saya sangat gembira kami telah bekerja dengan baik.
"Kini, tiga atau empat tahun akan datang adalah sangat penting untuk kami."
Mancini hanya mempunyai satu tahun lagi di kontraknya sebelum menandatagani kontrak baru itu, tetapi menegaskan beliau tidak pernah ragu-ragu tentang masa depannya.
Mancini, yang telah memimpin City kepada kejuaraan liga selepas mereka berada lapan mata di belakang pemimpin liga dengan enam perlawanan lagi untuk dimain, berkata: "Tidak, masa depan saya, saya selalu rasakan saya akan kekal di sini.
"Saya telah mendatangani kontrak selama lima tahun kerana saya percaya dengan pasukan ini, kerana saya boleh bekerja dengan orang-orang serius seperti pemilik dan pengerusi kelab ini
"Sangat hebat dapat bekerja dengan mereka. Dalam bola sepak, sukar untuk mendapat situasi seperti ini.
"Bagi saya, ini adalah sebuah situasi yang hebat. Kini, saya rasa kami mempunyai masa untuk memperbaiki lagi dan bina sebuah pasukan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger