1News Online:
Home » , , » Mancini tak minat Luis Suarez

Mancini tak minat Luis Suarez

Saturday, November 17, 2012 | 2:31 PM


PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini menyangkal dakwaan yang mengatakan pasukan itu berminat untuk membeli penyerang Liverpool, Luis Suarez ke Etihad Januari depan.

Sebaliknya Mancini menegaskan bahawa beliau sangat gembira dengan barisan skuadnya sekarang.

"Kami mempunyai pasukan yang baik dan tidak perlu untuk membeli mana-mana pemain pada Januari nanti.

"Lagipun, kami tidak boleh membeli Suarez atau pemain lain kerana City sudah mempunyai empat penyerang dan Suarez bermain untuk Liverpool," kata Mancini ketika sidang media menjelang perlawanan menentang Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini.

Baru-baru ini, pemain Uruguay yang berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan City apabila juara EPL 2011/2012 melahirkan hasrat untuk membawa Suarez ke Etihad.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger