1News Online:
Home » , , » Mancini tidak hiraukan kritikan

Mancini tidak hiraukan kritikan

Friday, November 2, 2012 | 8:33 PM


Pengurus Manchester City Roberto Mancini menyatakan bahawa beliau tidak menghiraukan kritikan.

Pengurus Itali itu dikritik oleh pihak media selepas kekalahan kepada Ajax di Amsterdam yang kemudian meninggalkan City terdesak untuk mendapat "harapan" - seperti apa yang dikatakan oleh Mancini - untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati dalam Liga Juara-Juara.
City gagal untuk melulusi peringkat kumpulan dalam kempen Liga Juara-Juara pada tahun lalu dan percubaan terbaru mereka telah kecundang dengan hanya satu mata dari tiga perlawanan pertama.
Walaupun telah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana Barclays, pasukan juara itu telah melalui permulaan yang lemah dalam liga ini.
Tekanan semakin bertambah terhadap pengurus yang pernah mendidik Inter Milan dahulu apabila beliau disaksikan telah membuat beberapa perubahan terdesak untuk menyelamatkan pasukan hanya untuk membuat pemain bingung.
Namun, ia berkurang setelah kemenangan mereka melawan Swansea pada hujung minggu yang lalu dan Mancini, yang pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Monaco oleh suratkhabar Guardian, telah menegaskan bahawa beliau tidak terjejas dengan kritikan.
Mancini berkata: "Saya tidak membaca suratkhabar tetapi saya memahami tugas. Saya telah berbual dengan pasukan dan kakitangan untuk menyelesaikan perkara ini."
Mancini kekal yakin dengan kemampuan beliau untuk mendidik pasukan setelah berjaya membawa City untuk meraih kejohanan pada musim lalu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger