1News Online:
Home » , » Mat Yo: Lepaskan saya

Mat Yo: Lepaskan saya

Friday, November 9, 2012 | 7:37 AM


Norshahrul Idlan Talaha hari ini telah merayu kepada Kelantan FA untuk melepaskannya berhijrah ke pasukan lain.

Norshahrul yang baru pulang dari Thailand selepas tugas bersama skuad kebangsaan memberitahu Sinar Harian bahawa beliau berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
"Saya harap Kelantan FA akan memandang perkara ini dari sudut positif. Tolong lepaskan saya, jangan rumitkan keadaan." katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Tambahnya lagi, keputusannya untuk berhijrah adalah atas faktor masa depannya dan juga keluarganya.
"Tolong fikirkan mengenai masa depan saya dan keluarga saya pada masa akan datang
"Umur saya semakin tua, saya bukannya bermain bola untuk selama-lamanya. Bila umur sudah menjangkau 40 tahun, saya akan bersara.
"Jadi, itu semua harus dilihat Kafa. Jadi, saya merayu tolonglah faham situasi saya dan membuat keputusan dengan melihat dari semua sudut."
Penting untuk perkara ini diselesaikan sebelum Piala Suzuki bermula agar beliau dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada pasukan Harimau Malaya tanpa sebarang gangguan.
"Saya bukan apa, saya hanya mahukan perkara ini berjalan dengan lancar, sekali gus ia tidak akan mengganggu prestasi saya untuk mempamerkan aksi terbaik nanti," jelasnya lagi.
"Saya sendiri pun tidak tahu dari mananya timbul isu bayaran RM80,000 itu.
"Saya ingin tegaskan keputusan untuk berhijrah tiada kena-mengenai dengan bayaran gaji. Saya cuma ingin beralih angin dan juga demi masa depan saya," ujarnya lagi.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger