1News Online:
Home » , » "Messi adalah contoh Barca"

"Messi adalah contoh Barca"

Saturday, November 3, 2012 | 12:27 PM


Presiden Barcelona, Sandro Rosell telah memuji Lionel Messi kerana menjadi contoh kelab itu.


Di bawah pimpinan bekas pengurus Pep Guardiola, Barcelona telah mencatat rekod baru dengan memenangi 14 trofi. Walaupun mereka hanya berjaya menjuarai Piala Copa del Rey di musim terakhir Guardiola, mereka kelihatan akan meragut semula kejuaraan liga di bawah pimpinan bekas pembantu Guardiola, Tito Vilanova musim ini.
Bercakap kepada Marca, Rosell menerangkan bahawa kejayaan kelab itu bergantung kepada prinsip-prinsip yang dikongsi di antara skuad itu.
"Penghormatan, usaha, cita-cita, kerjasama dan perasaan rendah diri adalah nilai-nilai yang penting," beliau berkata.
"Perasaan rendah diri adalah tidak tidak merasa bongkak. Seperti Messi, atau cara Barca meraikan kemenangan mereka dengan perasaan rendah diri.
Beliau juga memberikan contoh sumbangan Messi dalam kemenangan 5-0 atas Rayo Vallecano.
"Apabila Messi menerima anugerah Kasut Emas, beliau berkata ia adalah kerana kerjasama pasukan. Tanpa itu, tidak akan ada kemenangan individu," Rosell berkata.
"Messi membantu pasukan membuat pertahanan walaupun kami sedang menang 5-0 dan beliau telah menjaringkan dua gol. Beliau telah berusaha. Walaupun selepas anda telah bekerja keras, anda harus terus berusaha."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger