1News Online:
Home » , » Mourinho tiada rancangan selepas Real

Mourinho tiada rancangan selepas Real

Friday, November 2, 2012 | 5:24 PM


Pengurus Real Madrid Jose Mourinho mengakui bahawa beliau tiada rancangan setelah kontrak berakhir bersama pasukan.

Kemampuan Mourinho untuk membawa pasukan ke atas kedudukan La Liga pada musim lalu, telah mencatatkan sejarah sebagai pengurus pertama untuk meraih kejohanan di Portugal, England, Itali dan Sepanyol serta kejohanan bersama pasukan Porto dan Inter Milan.
Dalam temubual bersama Ronda Ibera Magazine, Mourinhho mengakui bahawa beliau kurang pasti akan rancangan apabila beliau meninggalkan Real Madrid pada masa hadapan.
"Saya sudah merancang untuk melanjutkan kerjaya ke negeri-negeri lain dari awal lagi. Saya ingin ke luar negeri dan melalui pelbagai cabaran untuk lebih memperbaiki," Mourinho berkata.
"Saya ingin menjadi pengurus terbaik dalam dunia jadi saya selalu berjuang untuk mencapai matlamat itu. Ia telah menjadi lebih sukar untuk mengurus sebuah pasukan pada masa ini. Seorang pengurus tidak boleh mengekalkan kemahiran beliau seperti 10, 20 dan 30 tahun yang lalu.
"Ia merupakan sebuah kerjaya yang sering berkembang. Tugas seorang pengurus  tidak terhad kepada kesebelasan pasukan, taktik dalam perlawanan atau perubahan."
Bekas pengurus Chelsea itu juga menyatakan pengorbanan beliau sebagai seorang yang dikenali ramai dalam dunia bola sepak.
"Anak lelaki saya tidak boleh menyertai kolej dengan mudah. Saya juga harus menunggu dalam kereta sementara isteri saya membeli-belah. 
"Saya terpaksa melalui pengorbanan ini kerana terlalu menyayangi kerjaya saya."
Kongsi artikel ini : :

+ comments + 1 comments

November 2, 2012 at 10:32 PM

tabik la mourinho!!

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger