1News Online:
Home » , , » "Nani perlukan sokongan Fergie"

"Nani perlukan sokongan Fergie"

Wednesday, November 7, 2012 | 7:48 PM


Pengurus Braga Jose Peseiro telah meggesakan Sir Alex Ferguson untuk meletakkan lebih keyakinan ke atas Nani.

Pemain sayap Portugis itu berpindah ke Old Trafford dari Sporting Lisbon pada tahun 2007. Ramai orang telah menjangkakan bahawa Nani mampu mengikuti langkah Cristiano Ronaldo yang telah banyak mencapai kejayaan untuk pasukan.
Walaupun pemain yang berumur 25 tahun itu telah mendapat tempat dalam kesebelasan pasukan setelah Ronaldo berpindah ke Real Madrid, beberapa kecederaan pada musim lalu dan persembahan yang kurang memuaskan telah menjejaskan keyakinan pengurus terhadap beliau.
Peseiro turut menggesakan Ferguson untuk memberikan Nani lebih peluang kedua membuktikan diri dalam pasukan.
"Setelah Cristiano Ronaldo meninggalkan Manchester, beliau telah melalui beberapa musim yang baik dan Manchester telah banyak bergantung kepada beliau," Peseiro berkata kepda Daily Mail.
"Kini, keadaan sudah berubah tetapi Nani mampu memperbaiki diri. Seorang pemain hanya mampu melakukan yang terbaik jika beliau gembira dalam pasukan. Saya amat mengenali beliau. Jika beliau tidak bermain dengan baik, ia hanya bermakna bahawa beliau kurang bahagia."
Walaubagaimanapun, pengurus Braga itu turut menyatakan bahawa peningkatan pemain di benteng tengah padang telah membuat ia sukar untuk pemain sayap itu menyertai kesebelasan pasukan.
"Saya kurang pasti kenapa Nani tidak diturunkan lagi. Saya tahu pasukan amat hebat dan Manchester United mempunyai 20 pemain yang menakjubkan. Saya tidak tahu jika pengurus kurang yakin dengan beliau atau beliau kurang bahagia pada masa ini," Peseiro turut menjelaskan.
"Saya mengharapkan bahawa beliau akan mengakhiri musim ini dengan baik kerana ia amat penting untuk beliau, pasukan antarabangsa dan juga saya kerana saya telah mendidik Nani sejak beliau diletakkan dalam kesebelasan pasukan di Sporting.
Mengingatkan kembali kepada pengalaman berlatih bersama Nani, Peseiro kekal yakin bahawa bekas pemain Sporting itu dapat memanfaatkan diri dari sokongan beliau.
"Kesemua pemain mempunyai sifat berlainan. Ada yang memerlukan semangat dan ada yang tidak. Sudah tentu, pemain England tidak memerlukan sokongan tetapi pemain seperti beliau memerlukan sumbangan emosi," beliau berkata.
Manchester United akan bertemu Braga dalam peralwanan Liga Juara-Juara Kumpulan H pada hari Rabu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger