1News Online:
Home » , , » Nani tunggu masa disingkir oleh Ferguson

Nani tunggu masa disingkir oleh Ferguson

Thursday, November 8, 2012 | 3:06 AM


LONDON - Pemain Portugal, Nani kini sudah boleh mula menghitung hari di Manchester United selepas hubungannya dengan pengurus kelab itu, Alex Ferguson dilaporkan sudah semakin 'dingin'.
Difahamkan, pembantu pengurus pasukan, Mike Phelan terpaksa menjadi pengantara dan menenangkan Nani setelah pemain berusia 25 tahun itu dipersalahkan atas kekalahan United kepada Chelsea dalam aksi Piala Liga, Rabu lalu.
United tewas 4-5 dan Ferguson mengkritik Nani yang dikatakan sebagai punca kekalahan sehingga membolehkan Eden Hazard menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan.
Berikutan kelantangan mulut Ferguson mempersalahkan Nani, sumber terdekat dengan pemain Portugal itu memberitahu yang dia merasakan telah menjadi 'mangsa' dituduh sebagai punca kekalahan.
Nani turut dikatakan tidak berpuas hati dengan seorang lagi jurulatih United, Rene Meulensteen.
Kekecewaan Ferguson terhadap pemain sayap itu sudah terpendam lama iaitu sejak akhir musim lalu dan United dilaporkan bersedia untuk menukar Nani dengan pemain Sao Paulo, Lucas Moura.
Begitupun, cubaan United untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Sao Paulo itu tidak kesampaian apabila bintang Brazil berusia 20 tahun tersebut memilih untuk bersama Paris Saint-Germain pada Januari depan.
Meskipun pelbagai kecelaruan yang dihadapi Nani, namun dia masih lagi dihormati di Old Trafford kerana bakatnya dan rata-rata jurulatih di kelab tersebut percaya pemain Portugal itu hanya hilang fokus.
Biarpun begitu, United masih berharap akan ada kelab yang berminat dengan Nani pada Januari depan dan pada masa sama, Ferguson juga bersedia untuk mencari penggantinya.
- Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger