1News Online:
Home » » Negara - Dua Rakyat Bulgaria Dihukum Gantung Edar Dadah

Negara - Dua Rakyat Bulgaria Dihukum Gantung Edar Dadah

Thursday, November 1, 2012 | 1:20 AM


JOHOR BAHRU: Dua lelaki rakyat Bulgaria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi pada Rabu selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan mengedar dadah, tahun lepas.
Hakim, Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap Ivan Kirov Kostov, 27, dan Georgi Dinev Bakalov, 26, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Kostov dituduh mengedar methamphetamine seberat 1,945.6 gram di perhentian bas, Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, di sini pada 4.15 petang, 18 Mei 2011.
Bakalov pula dituduh mengedar methamphetamine seberat 2,176.85 gram ditempat, tarikh dan waktu yang sama.
Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Dalam penghakimannya Abdul Halim berkata, keterangan pembelaan tertuduh merupakan penafian semata-mata dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan itu.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohamad Ramli manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Pritam Singh Doal. - BERNAMA
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger