1News Online:
Home » » Negara - Warga Emas Maut Akibat Sesak Nafas Selepas Dirompak

Negara - Warga Emas Maut Akibat Sesak Nafas Selepas Dirompak

Friday, November 2, 2012 | 1:30 AM


ALOR SETAR: Seorang wanita warga emas yang tinggal sendirian, maut dipercayai akibat sesak nafas selepas mulutnya diikat dengan tuala oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Lorong Keriang di sini, Khamis.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, G. Supama, 68, ditemui terbaring diatas lantai sebuah bilik di tingkat bawah rumahnya dengan tangan dan mulutnyadiikat dengan tuala oleh jirannya yang sebelum itu terdengar bunyi bising dirumah itu.
Jiran wanita itu, Chua Chong Kong, 53, berkata dia terdengar bunyi bisingdalam rumah mangsa sebelum bersama beberapa rakan pergi ke rumah mangsa untuk melihat keadaan sebenar mangsa yang tinggal bersendirian setelah kematian suamibeberapa tahun lepas.
"Kami terpaksa pecah pintu pagar rumah mangsa selepas mangsa tidak menyahutpanggilan. Pintu rumah mangsa sudah terbuka dan (kami) terus masuk untuk melihatkeadaan mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian disini, Khamis.
Chua berkata mereka terkejut melihat mangsa terbaring di atas lantai sambiltangan dan mulutnya diikat dengan tuala, dan ketika itu mangsa masih bernafas.
"Kami angkat mangsa ke ruang tamu untuk memberi bantuan kecemasan dan tidaklama kemudian mangsa tidak lagi bernafas," katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Zakaria Ahmad ketika dihubungiberkata perompak itu didapati melarikan barangan kemas yang dipakai mangsa dansiasatan mendapati perompak masuk melalui bumbung atas rumah mangsa.
"Mangsa tidak mengalami kecederaan lain dan kita sedang menunggu laporanbedah siasat daripada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berhubung punca sebenarkematiannya," katanya.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuhyang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. BERNAMA
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger