1News Online:
Home » , , » Neville: Ronaldo akan menyerlah

Neville: Ronaldo akan menyerlah

Tuesday, November 20, 2012 | 2:50 PM


Lagenda Manchester United Gary Neville yakin bahawa Cristiano Ronaldo bakal menyerlah dalam pertemuan Real Madrid dan Manchester City.

Pasukan juara Liga Perdana Manchester City telah mengekalkan harapan tipis untuk melangkah masuk pusingan seterusnya dalam  saingan Liga Juara-Juara sekiranya mereka menang kededua perlawanan akan datang.
Cristiano Ronaldo dikatakan sebagai cabaran utama pasukan diikuti rakan sepasukan Real Madrid yang bakal mengunjung Stadium Etihad untuk perlawanan akan datang.
Walaupun City memerlukan sokongan tuan rumah untuk mengatasi pasukan bimbingan Jose Mourinho itu, Neville sedang menantikan kebolehan Ronaldo untuk menyerlah dan memikat perhatian ramai orang.
"Walaupun beliau dikritik kerana sikap terhadap bekas pemain United, saya berpendapat bahawa ramai orang di padang tentu akan memikirkan: 'Saya akan menyaksikan Cristiano Ronaldo malam ini (Rabu)'," beliau berkata.
"Beliau telah mengubah corak permainan dengan mencipta gaya seorang penyerang fleksibel."
Bekas pemain pertahanan itu turut mengakui tertarik kepada kerjaya Ronaldo sejak pemain Portugis itu berpindah dari Old Trafford untuk ke Santiago Bernabeu dan kagum dengan cara Ronaldo telah mengabungkan keinginan peribadi bersama percapaian pasukan untuk meraih kemenangan.
"Beliau selalu berjuang untuk menjadi pemain terbaik di dunia. Anda tentu akan menyatakan bahawa anugerah peribadi tidak begitu mustahak tetapi ia penting bagi Ronaldo." beliau menjelaskan.
"Beliau telah menunjukkan kemungkinan untuk mencapaikan keinginan peribadi dalam pasukan."
Real Madrid akan ke Manchester City untuk perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan D pada hari Rabu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger