1News Online:
Home » , » Neymar kagumi Messi

Neymar kagumi Messi

Friday, November 2, 2012 | 4:29 PM


Penyerang Santos itu meluahkan perasaan kagum terhadap pemain bintang Barcelona Lionel Messi dan mengharapkan dapat beraksi bersama beliau pada masa hadapan.

Pemain Brazil yang sedang diingini oleh ramai pasukan, telah memberi komen tentang penghargaan Ballon d' Or akan datang. Beliau turut menghamburkan pujian kepada Messi, Cristiano Ronaldo dan Andres Iniesta tetapi mengakui bahawa pemain Argentina itu lebih baik dari yang lain.
"Untuk saya, mereka bertiga mempunyai bakat yang lebih besar dari calon yang lain: Iniesta, Ronaldo dan Messi," Neymar berkata kepada Marca.
"Tetapi Messi adalah pemain terbaik. Tiada siapa yang boleh mengikut gaya beliau bermain. Ia akan menjadi sebuah 'keajaiban' untuk saya jika saya dapat bermain bersamanya," beliau menambah.
Messi turut memberikannya pujian baru-baru ini dan penyerang Santos itu cepat membalas.
"Anda boleh bayangkan kegembiraan saya apabila pemain terbaik dalam bola sepak memberikan pujian? Ia telah membuat saya amat gembira dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya," beliau berkata.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger