1News Online:
Home » , , » Ole Gunnar Solskjaer Ganti Alex Ferguson?

Ole Gunnar Solskjaer Ganti Alex Ferguson?

Monday, November 5, 2012 | 5:56 PM


Ole Gunnar Solskjaer tidak menolak dirinya mengidam untuk melatih bekas pasukannya, Manchester United. Namun sebelum itu, Solskjaer ingin mengembangkan bidang kejurulatihan di Norway.

Solskjaer pernah 11 tahun membantu MU. Selama masa itu, dia sudah memenangi enam gelaran Liga Primer, dua Piala FA dan satu trofi Liga Juara-Juara.

Selepas bersara lima tahun lalu, lelaki berusia 39 tahun ini melatih pasukan reserve MU sebelum menyertai kelab tempatan di negaranya, Molde pada akhir 2010.

Pada musimnya, mantan pemain yang digelar The Baby Faced Assasin ini berjaya di Kelabnya. Solskjaer mampu membawa Molde ke tangga juara Liga Norway untuk kali pertama dalam sejarah mereka.

Atas kejayaan itu, Solskjaer disenaraikan oleh Sir Alex Ferguson yang tak lama lagi akan bersara, bersama dengan jurulatih terbaik seperti Josep Guardiola dan Jose Mourinho. Ia juga diminati oleh Aston Villa dan Blackburn Rovers namun menolak.

"Saya tidak cukup naif untuk mengatakan saya boleh melakukan pekerjaan itu tapi di dalam hidup anda seharusnya mempunyai impian-impian besar dan tujuan-tujuan besar," ucap dia di The Sun.

"Itu adalah sebuah mimpi tapi mari lakukan secara berperingkat. Saya ingin menjadi seorang pengurus di Liga Inggeris," sambung bekas pemain yang dikenali dengan label 'super-sub' ini.

"Untuk saat ini saya baru mula dan baru melatih kurang lebih dua tahun di Norway, jadi masanya akan tiba. Saya sudah bercakap dengan beberapa kelab dan menjelaskan agak terlalu awal, jadi saya ingin belajar dan tidak mahu menyeberangi jambatan yang besar di awal kejurulatihan. " katanya
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger