1News Online:
Home » , » Paolo Maldini pilihan lagenda Ronaldo

Paolo Maldini pilihan lagenda Ronaldo

Wednesday, November 7, 2012 | 1:10 AM


Lagenda Brazil Ronaldo telah memilih pemain AC Milan Paolo Maldini sebagai pemain terbaik yang tidak pernah memenangi anugerah FIFA Ballon d'Or.

Ronaldo telah menjulang anugerah khas 'Bola Emas' sebanyak tiga kali dalam kerjaya beliau pada tahun 1996, 1997 dan 2002 tetapi beliau berpendapat bahawa pemain Itali Maldini berhak mendapat kemenangan yang sama.
"Anugerah individu seperti itu bertindak sebagai ganjaran untuk seorang pemain tetapi malangnya, bola sepak bukan sukan individu. Ia adalah sebuah sukan pasukan," Ronaldo berkata kepada FIFA.com.

"Paolo Maldini adalah salah seorang pemain pertahanan terbaik dalam kerjaya saya. Beliau berhak mendapat anugerah itu beberapa kali tetapi kriteria pada masa itu, tidak begitu sesuai.
"Mungkin kerana beliau merupakan seorang pemain pertahanan dan ramai orang lebih suka menyaksikan gol sementara seorang pemain pertahanan lebih beraksi untuk membuat halangan dalam permainan. Maldini tidak patut mendapat tempat di belakang pasukan."
Ronaldo turut berpendapat bahawa persaingan anugerah individu teratas itu semaking merosot dan kurang sengit setelah pemain Barcelona Lionel Messi berjaya memenangi anugerah itu tiga kali berturut-turut.
"Zidane, Rivaldo, (Luis) Figo termasuk Ronaldinho Gaucho telahpun meraih anugerah itu. Sesiapa yang berjaya pada masa itu berhak mendapatnya dan dapat merasai nilai anugerah itu.
"Saya telah menguasai persaingan itu bersama Zidane selama beberapa tahun. Kami turut tersekat dengan jumlah kemenangan tiga kali. Kami telah menyaksikan beberapa tahun yang menakjubkan dalam dunia bola sepak.
FIFA akan mendedahkan pemenang anugerah Ballon d'Or tahun 2012 pada 7 Januari 2013 di Kongresshaus, Zurich.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger